Home Berita PAS Terengganu

Setiausaha JPRNT Kemalangan, Sedang Di Rawat Di Hospital Tawau

4
SHARE

KUALA TERENGGANU — PAS Kawasan Setiu menzahirkan rasa dukacita atas kemalangan yang menimpa Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu (JPRNT), Aminuddin Umat, yang kini dirawat di Hospital Tawau selepas terlibat dalam kemalangan pada 29 November 2025 ketika bertugas dalam PRN Tawau.

Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu, Ustaz Zul Bhari bin A. Rahman berkata, seluruh jentera parti amat terkesan dengan kejadian tersebut memandangkan beliau merupakan mantan Setiausaha PAS Setiu, antara penggerak utama yang memainkan peranan penting dalam operasi pilihan raya di peringkat kawasan dan negeri.

“Seluruh kepimpinan dan ahli PAS Kawasan Setiu juga mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang segera, mengangkat kesakitan beliau, serta mengembalikan kekuatan dan kesihatan seperti sediakala.

“Semoga keluarga beliau juga diberikan ketabahan dan ketenangan menghadapi ujian ini, ” jelasnya ketika dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, PAS Kawasan Setiu mengumumkan pelancaran Derma Kilat bagi membantu kos rawatan serta keperluan keluarga beliau.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya melalui isteri Aminddin, nama akaun: Norfaizan Nordin, Bank: Maybank Nombor Akaun: 163064383091

Sebarang pertanyaan berkaitan sumbangan boleh dibuat melalui En. Rosli di talian 011-31396459.