Home Berita PAS Terengganu

Setiap Tingkat Medan Tempur PAS Ada Peranan Dan Nilainya

10
SHARE

KUALA TERENGGANU – Perjuangan siasah dan dakwah PAS mempunyai tingkat medan tempur yang tersusun dan berstrategi serta setiap ‘saf’ mempunyai peranan memainkan fungsi penting dalam melengkapkan kemenangan Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Hamdi Harun berkata, tidak semua anggota perlu berada di barisan hadapan, sebaliknya ada yang merancang, mendoakan, menyumbang secara senyap serta menjaga keluarga pejuang.

“Semua ini saling melengkapi dan membawa nilai di sisi Allah. Tidak kira di mana posisi kita berada, semuanya penting dan diberi ganjaran jika dilakukan dengan ikhlas,” ujarnya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ustaz Hamdi Harun

Beliau menambah, barisan hadapan terdiri daripada pimpinan, wakil rakyat dan pendakwah. Barisan tengah pula menggerakkan jentera dan menyusun strategi, manakala barisan belakang merangkumi penyokong, penuntut ilmu dan penjaga kebajikan pejuang.

Pada masa yang sama, peranan petugas di balik tabir seperti unit media, keselamatan dan teknikal, tidak kurang pentingnya disokong dengan pelapis muda seperti Pemuda dan Ameerah yang sedang digilap.

“Majlis Syura dan para murabbi pula adalah panglima strategi yang menentukan arah perjuangan agar kekal atas manhaj Islam,” jelasnya.

Jelasnya, perjuangan ini bukan soal siapa paling ke depan, tetapi siapa paling ikhlas dan bersungguh-sungguh.