Home Kenyataan Media PAS Selangor

SERUAN SELAMATKAN UMMAH

2345
SHARE

1. Bukan menjadi suatu yang susah untuk di fahami bilamana majoriti rakyat menolak akan bentuk budaya liar yang hendak dibawa masuk dalam negara. Pesta Arak bulan Oktober atau October Fest serta budaya luar tabi’e golongan LGBT wajib di tentang oleh rakyat Malaysia tidak kira agama.

2. Pesta arak dan budaya luar tabi’e golongan LGBT bukan sahaja menyalahi agama Islam yang merupakan Agama Persekutuan dalam negara bahkan ianya menyanggahi adat ketimuran rakyat Malaysia yang penuh dengan tatasusila dan kesopanan masyarakat berbilang kaum.

3. Umat Islam tidak mengganggu hak bukan Islam untuk minum arak walaupun tiada agama yang menghalalkannya. Namun penganjuran berbentuk Pesta yang dibawa masuk budaya dari negara Jerman ini, mencemar keharmonian kaum yang telah lama kukuh dengan pegangan saling hormat menghormati antara satu sama lain serta merobek sensitiviti umat Islam yang menjadi umat yang teras dalam negara ini.

4. Sikap degil pihak penganjur serta perancangan agenda tersembunyi pihak yang memusuhi Islam apatah lagi mendapat “lesen besar” dari pihak berautoriti bakal mengundang suasana yang tidak dapat dikawal jika ianya diteruskan juga.

5. Dewan Pemuda PAS Selangor untuk kesekian kalinya membuat penegasan di atas bantahan penganjuran ini. Kami memberi amaran hentikan serta merta perancangan pesta ini dan akan menggerakkan gelombang kebangkitan ummah dan rakyat Malaysia agar budaya liar ini tidak dilaksanakan dalam negara tercinta.

#SELAMATKAN UMMAH
#SAVE UMMAH

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
8 Safar 1440 | 17 Oktober 2018