Allah SWT Maha Kuat. Dia memiliki segala-galanya. Dia pemilik segala kerajaan dan pemerintahan. Kerajaan di langit dan di bumi miliknya. Tiada kudrat kita sebagai hambanya melainkan atas ehsan-Nya.
Mari para pemuda, kita rebahkan diri dengan penuh kehinaan di hadapan-Nya. Kerja amal kita sebagai tagihan untuk miliki rahmat-Nya. Yang pasti Dia pemilik hati manusia. Dia penghimpun qalbu manusia. Kita merasa amat letih mengkejari musuh. Kita merasa amat lelah menanggung amanah beban perjuangan ini. Namun kita ada Allah. Kita ada Kekasih yang kasihnya tiada sempadan. Ini pembeza kita dengan musuh.
(وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا)
[Surat An-Nisa’ 104]
Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda PAS Selangor
26 Jamadil Akhir 1439H | 14 Mac 2018