Home Berita PAS Selangor

Seruan menguatkan amalan rohani untuk menentang wabak Covid-19 – PAS Kawasan Kapar

224
SHARE

May be an image of one or more people and text

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kapar | Semakin hari kes semakin meningkat dengan mendadak akibat pelbagai faktor antaranya adalah faktor rentas negeri dan sebagainya. Perkara ini adalah semakin parah dan menakutkan semua warga Malaysia khususnya apabila dikejutkan dengan keberadaan varian Covid-19.

Oleh itu, dalam haluan negara kita melawan wabak Covid-19 ini kita sebagai rakyat Malaysia haruslah kuat dari segi emosi, fizikal dan membantu para frontliners dengan menjaga SOP dan melakukan “lockdown kendiri”. Disamping itu, sebagai umat Islam kita harus kuatkan dari segi rohani dengan sentiasa berdoa kepada Allah agar mengangkat semula wabak Covid-19 ini.

PAS Kawasan Kapar menyeru kita agar mengamalkan bersama-sama doa qunut dalam solat 5 waktu dan doa perlindungan daripada wabak Covid-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor