Home Berita PAS Selangor

Seruan amalkan “self lockdown” – TPJ 2 PAS Negeri Selangor

123
SHARE

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎مر SELANGOR Penularan Wabak COVID-19 Rayuan Timbalan Pesuruhjaya PAS 2 Negeri Selangor 15 Syawal 1442H 27 Mei 2021 Tingkatkan pergantungan kepada Allah SWT Solat Hajat pada setiap hari selepas solat maghrib #selflockdown Kekal berada di dalam rumah, melainkan bekerja atau ada urusan penting Minimakan aktiviti temu fizikal, namun jangan abaikan aktiviti jamaah Mendaftar untuk vaksinasi Pastikan hadir vaksinasi Maklumkan pimpinan cawangan atau Kawasan jika dijangkiti, berkeuzuran & perlukan bantuan Maksimumkan usrah, mesyuarat pertemuan secara online Tangguhkan aktiviti ziarah umum Aktiviti kebajikan diselaraskan oleh Khidmat Malaysia Ustaz Noor Najhan Mohamac Salleh opor‎"‎‎

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kapar | Penularan wabak Covid-19 ini sudah sangat serius dan tidak boleh dibuat main lagi. Kita patut mengambil tindakan dan banyak bersabar daripada keinginan untuk ziarah-menziarahi, merentas negeri dan sebagainya. Kes Covid-19 sudah mencecah 8000 lebih. Oleh itu, bila lagi kita mahu ambil tindakan untuk membawa kemenangan buat negara kita melawan pandemik ini?

Memetik kenyataan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh menerusi kenyataan media sosial, “tingkatkan pergantungan kepada Allah SWT dengan menunaikan Solat Sunat Hajat pada setiap hari selepas solat Maghrib. Seterusnya amalkan lockdown kendiri, kekal berada di dalam rumah melainkan bekerja atau ada urusan penting dan minimakan aktiviti temu fizikal, namun jangan abaikan aktiviti jamaah”.

“Pastikan semua mendaftar untuk vaksinasi dan pastikan hadir vaksinasi. Seterusnya maklumkan kepada pimpinan cawangan atau kawasan jika dijangkiti, berkeuzuran dan memerlukan bantuan. Maksimumkan juga usrah, mesyuarat dan pertemuan secara atas talian. Selain itu, cuba untuk tangguhkan sebanyak yang boleh segala aktiviti ziarah umum. Akhirsekali, segala aktiviti kebajikan akan diselaraskan oleh Khidmat Malaysia”, sambung beliau lagi.

“Jom Pakat Amalkan Self Lockdown”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor