Oleh : Nur Husna Sofia
23 March 2022
KOTA KINABALU: Warga pendidik diseru menjadi guru yang berjiwa seorang murobbi.
Ketua Sektor Pendidikan Pemuda PAS Sabah, Ustaz Rosli Hasan berkata demikian ketika merasmikan Kursus Insentif Persediaan Mengajar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI).
“Saya menyeru mualim dan mualimmah SRITI khususnya menjadi pendidik berjiwa Murobbi dengan mencontohi ketokohan Presiden Parti Islam Se-Malaysia(PAS), Tuan Guru Haji Hadi Awang,” ujarnya.
Menurutnya lagi, menerusi kursus itu, para pendidik diterapkan dengan lapan modul antaranya Modul Pengurusan Kewangan, Modul Psikologi Pendidikan dan Modul Komunikasi berkesan.
“Pihak Pengurusan Sekolah Rendah Integrasi Islam(SRITI) sentiasa memastikan agar warga pendidiknya memiliki kredibiliti yang tinggi sebagai seorang guru.
“Kursus Insentif Persediaan Mengajar SRITI merupakan salah satu inisiatif untuk mencapai objektif tersebut,” ujarnya lagi.
Kursus itu telah dijalankan selama tiga hari secara dalam talian bermula 18 sehingga 20 March lalu yang disertai oleh 35 orang warga pendidik SRITI di seluruh Sabah.