Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi, memberi amaran bahawa serangan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran boleh mendorong Tehran lebih dekat untuk membangunkan senjata nuklear.
Menurutnya, ketika ini perbincangan tidak langsung diantara Amerika Syarikat dan Iran diteruskan melalui pengantaraan Oman.
Bercakap kepada i24 News dan The Jerusalem Post, Grossi berkata, pegawai Iran telah memberi amaran kepadanya tentang kemungkinan akibat daripada serangan.
“Sebuah serangan berpotensi mempunyai kesan gabungan, mengukuhkan keazaman Iran, saya akan mengatakannya dengan jelas,
“Iran boleh meneruskan penghasilan senjata nuklear atau menarik diri daripada Perjanjian mengenai Tidak Percambahan Senjata Nuklear,” katanya dalam satu wawancara yang diterbitkan pada hari Isnin.
Grossi menambah bahawa dia tidak percaya Israel akan melancarkan operasi sedemikian.
“Tetapi satu perkara yang pasti,” katanya, “Program [Iran] berjalan luas dan mendalam. Dan apabila saya sebut ‘mendalam’, saya bersungguh-sungguh. Banyak kemudahan ini dilindungi dengan sangat baik. Mengganggunya memerlukan kekuatan yang besar dan dahsyat.”