Home Kenyataan Media PAS Johor

Serangan Influenza Semakin Serius, Langkah Berjaga-jaga Perlu Dipertingkatkan

826
SHARE

KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI JOHOR

SERANGAN INFLUENZA SEMAKIN SERIUS, LANGKAH
BERJAGA-JAGA PERLU DIPERTINGKATKAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1. BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI JOHOR (PAS JOHOR) memandang serius dengan perkembangan Influenza yang sedang melanda negara, lebih-lebih lagi di negeri Johor.

2. Terbaharu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) Azman Adnan dalam satu kenyataan menyebut bahawa terdapat seramai 89 orang murid telah dijangkiti iaitu melibatkan Daerah Johor Bahru mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 56 orang murid diikuti Kulai (15), Tangkak (6), Kluang (5), Muar (5), Batu Pahat (1) dan Pontian (1). Influenza lazimnya dipanggil selesema merupakan jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan dari salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin. Virus influenza ini kerap bermutasi untuk mengadaptasi keadaan persekitaran, ubat dan antibodi badan.

3. PAS Johor menggesa agar langkah berjaga-jaga khususnya di kawasan persekolahan dipertingkatkan bagi mengawal influenza daripada terus merebak. Para ibu bapa juga disarankan agar segera membawa anak-anak ke hospital atau klinik kesihatan yang berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

4. PAS Johor melalui Lajnah Kesihatan akan terus memantau perkembangan ini dan sedia menghulurkan bantuan dan kepakaran bagi mengatasi perkara ini.

ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN

DR. MOHD MAZRI BIN YAHYA
Timbalan Pesuruhjaya merangkap
Pengerusi Lajnah Kesihatan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor