Home Berita PAS Selangor

Serahan sumbangan kepada yang terjejas – PAS Kawasan Tanjong Karang

92
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang

Oleh : Umar Al-Hayawi

TANJONG KARANG, 10 Ogos – PAS Kawasan Tanjong Karang meneruskan lagi gerak kerja penyerahan sumbangan bantuan COVID-19 kepada beberapa penduduk di Sawah Sempadan bersama YDP PAS Tanjong Karang Ustaz Dr. Zamri Zainuldin dan ahli PAS cawangan Sawah Sempadan.

Bantuan telah diberikan kepada penduduk yang ada kematian ahli keluarga akibat virus COVID-19 dan juga kepada beberapa penduduk yang berada dalam kesempitan. Bantuan ini juga merupakan sumbangan daripada PAS Kawasan Tanjong Karang serta UMNO Tanjong Karang.

Semoga sedikit bantuan yang dihulurkan dapat memberi manfaat kepada keluarga para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi mereka dalam meneruskan lagi kehidupan semasa pandemik COVID-19 ini.

Sekiranya ada diantara jiran-jiran kita yang terputus bekalan makanan atau yang dalam kesusahan kerana dilanda bencana boleh maklumkan kepada Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang.

Marilah kita terus menghulurkan sumbangan kepada tabung bakul makanan PUSAT KHIDMAT PAS Kawasan Tanjong Karang supaya dapat kita sama-sama meringankan beban mereka yang memerlukan.

Bagi yang ingin menyumbang boleh disalurkan ke :-

Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. akaun : 12083010021604
Akuan : PAS CAWANGAN TANJONG KARANG

Mana-mana individu yang terputus bekalan makanan boleh hubungi Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang : 0124867303

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor