Home Berita PAS Selangor

Serahan kit bantuan makanan kepada 5 keluarga yang memerlukan – JAMK Ampang

71
SHARE

May be an image of standing

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Dalam keadaan total lockdown ini, ramai diantara kita yang mempunyai masalah daripada segi pendapatan dan kekurangan bekalan makanan. Wabak Covid-19 ini telah menyebabkan keruntuhan kepada negara terutamanya keruntuhan ekonomi. Oleh itu, ramai insan diluar sana yang dibuang kerja dan memerlukan bantuan disebabkan masalah pendapatan.

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang menyatakan bahawa, aktiviti mereka diteruskan lagi bagi menyampaikan kit bantuan makanan asas kepada mereka yang telah memohon dan telah diluluskan oleh jawatankuasa program AD4C. Sekali lagi Jabatan Amal Ampang, ingin memberi peringantan bahawa kit bantuan ini hanya di fokuskan khas kepada penduduk dalam kawasan Ampang sahaja.

“Jika ada diantara pemohon dari luar kawasan Ampang yang telah menerima bantuan dari mereka, maka bersyukur dan yakinlah itu rezeki dari Allah Taala. Kerana saat ini terlalu ramai pemohon dari dalam kawasan Ampang maka kami akan dahulukan mereka”, terang mereka.

Pergerakan mereka pada kali ini diketuai oleh Timbalan Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) Haji Mohamad Fadzil dan dibantu oleh Exco Pemuda PAS Ampang Sdr Kamal Husin.

Penerima pertama adalah sepasang suami isteri mempunyai dua anak kecil menyewa di Symphony Court, Bandar Baru Ampang. Ketiadaan kerja setelah diberhentikan akibat pendamik ini menyebabkan mereka memohon bantuan dari kami. Mereka menerima 1 Kit Bantuan Makanan Asas, pampers dan susu.

Penerima kedua dari Flat Dato Ahmad Razali dan ketiga dari Kampung Melayu Ampang juga menghadapi situasi yang sama dimana si ayah telah kehilangan kerja akibat pendamik ini dan menjadi food rider sebagai usaha menyara keluarga mereka.

Penerima keempat dari Kampung Tasek Permai dan kelima dari Flat Seri Nilam. Seisi keluarga yang menyewa tinggal bersama anak yang masih belajar telah memohon bantuan kerana si ayah yang telah dicutikan tanpa gaji selama PKP ini dan seorang lagi ayah berpendapatan tidak tetap dan amat terjejas ketika ini.

Kepada individu yang ingin menyampaikan sumbangan boleh dibuat ke akaun berikut;

No Akaun : 8604427663
Nama : JAM AMPANG VENTURES
Bank : CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor