Home Berita PAS Selangor

Serahan kit bantuan makanan asas kepada 4 keluarga yang memerlukan – JAMK Ampang

106
SHARE

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Seperti biasa Program A Day 4 Charity (AD4C) yang telah menjadi rutin anggota Jabatan Amal Kawasan Ampang bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya rakyat Ampang.

Menurut Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA), 2 anggota mereka iaitu Timbalan Komandan JAMKA Tuan Haji Mohamad Fadzil dan Ketua Unit Aset JAMKA Tuan Zainodin telah melapangkan masa bagi menyampaikan bantuan makanan kepada pemohonan yang telah diluluskan.

Dan kali ini 4 buah keluarga yang berada di luar kawasan Ampang telah menerima bantuan dari kami setelah Jawatankuasa Program AD4C meluluskanya setelah diambil kira beberapa perkara.

Penerima Pertama – Mutiara Court, Bukit Permai, 56100 Cheras.
Penerima Kedua – Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur.
Penerima Ketiga – Kampung Pandan Dalam, 56100 Pandan.

Penerima Keempat – Flat Pandan Jaya, 55100 Pandan.

Walau bagaimanapun keutamaan mereka adalah membantu penduduk di sekitar kawasan Ampang yang dalam kategori asnaf iaitu fakir dan miskin dan kemudian kepada golongan yang amat-amat susah dan memerlukan kerana kekurangan pendapatan atau tiada langsung pendapatan ketika “Lockdown” ini.

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang memberikan pesanan kepada mereka yang tidak memerlukan dan hanya mencuba-cuba, harap tolonglah berhenti dari mengambil hak orang yang sepatutnya. Samalah juga jika anda telah mendapat bantuan dari pihak lain janganlah meminta lagi dengan mengumpul puluhan pek beras dirumah.

Sekali lagi mereka ucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dari para dermawan yang telah menyumbang bagi membolehkan kami membantu mereka yang memerlukan.

No Akaun : 8604427663
Nama: JAM AMPANG VENTURES

Bank: CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor