(Gambar – Keadaan pekan Kuala Berang, Hulu Terengganu yang hampir lumpuh akibat banjir hari ini.)
KUALA TERENGGANU – Air banjir telah melimpah di berapa Kampung yang terletak di pinggir Sungai Terengganu dan Sungai Kuala Nerus menjadikan semua daerah dalam negeri ini telah dilanda banjir.
Netizen Dari Seberang Takir, Hiliran, Pulau Rusa dan Kampung Jeram Hilir, masing-masing telah bersiaran secara langsung melalui platform Tik Tok, melapurkan aras aliran air yang neningkat.
Bereraoa orang daripada mereka berpendapat, air banjir Dari Hulu mula turun Dan sebak di muara Kuala Terengganu.
Bilik Gerakan Banjir negeri melapurkan sehingga malam ini, seramai 23, 797 orang telah terjejas dengan banjir gelombang kedua yang bermula kelmarin.
Kesenmua mangsa ditempatkan di 249 PPS di seluruh negeri.