Home Berita PAS Perlis

Sembang Santai Bersama Ustaz Mokhtar Senik

879
SHARE

 

PADANG BESAR : Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan (JPRPK) Padang Besar telah menganjurkan satu program Sembang Santai Bersama Ustaz Mokhtar Senik pada 11 Ogos 2017, bertempat di rumah Ketua Cawangan Kok Mak, Titi Tinggi, Perlis.

Antara pimpinan yang hadir termasuklah YDP PAS Kawasan Padang Besar, En Kamis Yob, Naib YDP PAS Kawasan Padang Besar dan juga Setiausaha PAS Kawasan Padang Besar. Turut serta para penggerak PAS di peringkat cawangan, para penyokong dan masyarakat setempat. 

Pelbagai persoalan telah diutarakan sepanjang program berlangsung, meliputi isu 1MDB, Akta 164, Gagasan Sejahtera, dan juga Kes Saman PAS Terhadap Sarawak Report.

Program diadakan bersempena dengan kuliah bulanan Ustaz Mokhtar Senik di Kompleks PAS Bukit Kerang (KOMTAR) yang dijadualkan pada hari Jumaat minggu kedua setiap bulan.

{jathumbnail off}