Home Berita PAS Pulau Pinang

Sembang Santai Anak Muda PAS Kawasan Bukit Mertajam Meriah

965
SHARE

BUKIT MERTAJAM , 16 MEI 2017 – Program  santai dan dialog isu semasa yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Mertajam berjalan dengan lancar . Sembang santai yang telah diadakan di Restoran Pokok Buloh Kampung Cherok Tokun telah berjaya menarik ramai anak muda dan masyarakat setempat untuk hadir .

Sembang santai ini turut disertai oleh Alternatif Riding Club (ARC). ARC pada mulanya berkumpul di Masjid Berapit dan bertolak ke Restoran Pokok Buloh Cherok To’kun selepas  isyak. Orang ramai yang hadir, boleh mendengar sembang santai sambil menikmati juadah yang telah ditaja oleh Tuan Anuar selaku pemilik restoran .

Sembang santai ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran dua orang tokoh anak muda Pulau Pinang iaitu Ir Wan Ahmad Rafaie ( Timbalan Ketua Pemuda pas Pulau Pinang ) dan Ustaz Nik Razif ( Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang ). Dua orang tokoh ini membicarakan tentang isu-isu semasa politik tanah air amnya dan di Pulau Pinang khasnya.

Antara isi penyampaian dalam majlis itu ialah ” anak muda harus bangkit menjalankan gerak kerja untuk memenangkan PAS agar Islam dapat ditegakkan bagi menentang DAP dan Barisan Nasional dalam PRU 14 akan datang “

Turut hadir memeriahkan program ini ialah Ustaz Mohd Yusni Mat Piah YDP PAS Kawasan Bukit Mertajam yang juga merupakan Ketua Penerangan bagi PAS Negeri Pulau Pinang .

Objektif utama program ini ialah memberi penjelasan dan pencerahan kepada semua ahli di peringkat kawasan terutama pemuda berkaitan pasca muktamar yang lalu sekaligus mempersiapkan jentera pemuda untuk menghadapi PRU 14 . Program ini telah berakhir kira-kira jam 11.30 malam .

Sejahtera Bersama Islam
Mara Menuju Cita

Zakwan Bakar DPPKBM

{jathumbnail off}