Home Berita PAS Perak

Semarak Kasih Ramadan rai petugas PAS

10
SHARE

Oleh: Ez

31 Mac 2024

BUKIT GANTANG : Sumbangan hari raya untuk guru PASTI , SRITI dan petugas PAS merupakan program tradisi tahunan yang diteruskan lagi pada tahun ini.

Program Semarak Kasih Ramadan dengan kerjasama Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bukit Gantang itu telah berlangsung di Pusat Tarbiyyah Bukit Cempedak di sini ,baru-baru ini.

YDP PAS Bukit Gantang, Hi Rahim Ismail berkata, seramai 100 penerima
telah menerima sumbangan berkenaan bertujuan untuk meraikan dan memberi penghargaan serta apresiasi kepada semua petugas sepenuh masa PAS.

“Diharap sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kepada mereka bagi membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kami akan terus komited membantu mereka ini dari aspek kebajikan mereka, InsyaAllah” katanya yg juga ADUN Changkat Jering.

Turut hadir dalam program tersebut, Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang,Zu Hazmin Badri.