Home Berita PAS Perak

Semai Tanggungjawab Sosial

733
SHARE

SEMAI TANGGUNGJAWAB SOSIAL

TRONG :  Sekumpulan anggota amal menjadikan usaha membersih tandas masjid di pekan ini sebagai aktiviti dakwah, dalam usaha mendidik umat Islam mengutamakan kebersihan dalam kehidupan harian.

Usaha itu dijalankan beberapa anggota Jabatan Amal Bukit Gantang yng diketuai oleh Encik Khairul Anuar Haji Said selepas tinjauan mereka mendapati ada kemudahan pada sesetengah lokasi itu daif kerana tidak diselenggara.

Khairul Anuar , berkata menyedari situasi terbabit, pihaknya mengambil inisiatif menjalankan aktiviti itu sebagai pendekatan dakwah agar umat Islam sekitar masjid berkenaan bersama-sama menjaga kebersihan.

“Berikutan itu, kami bersetuju mencuci tandas masjid di sini sebagai antara langkah penyampaian dakwah dan menampal poster doa masuk dan keluar tandas hasil sumbangan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad pada setiap tandas yang sudah dibersihkan,” katanya.

Antara masjid yang dibersihkan ialah Masjid Khairiah Air Terjun , Masjid As-Syarif Kampung Padang Gajah dan Masjid Al-Ihsaniah, Kampung Batu 26, 5 November  lalu.

Program ini turut disertai oleh Yang Dipertua PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman bersama-sama masyarakat setempat yang berganding bahu melaksanakan kerja amal ini.