
BAGAN SERAI – YB Tuan Hj Razman Zakaria hadir merasmikan Program Semai Kasih Bersama Asnaf / Ibu Tunggal di perkarangan Masjid An-Nur, Kampung Ehya, Semanggol.

Majlis dianjurkan oleh persatuan Prihatin Muslim Perak (PRIME) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Bukit Semanggol.

Program berlangsung dengan penyerahan bantuan barang makanan dan sumbangan tunai dari pihak NGO kepada lebih 10 penerima di sekitar Kampung tersebut.

Program di mulai dengan ucapan aluan dari Presiden PRIME seterusnya ucapan perasmian dari YB.

Dalam ucapannya YB menghargai usaha dan peranan dari pihak-pihak bukan kerajaan seperti NGO yang banyak membantu memainkan peranan dalam program-program kebajikan bersama masyarakat.

Turut hadir Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Bagan Serai Tuan Haji Yusof, Ketua Dewan muslimat PAS Bagan Serai Puan Hajah Rohaya dan Setiausaha PAS kawasan Muhammad Fitri Jelani.