Home Berita PAS Selangor

Selangor Sejahtera Bersama Muafakat Nasional – Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | DMPNS

684
SHARE

Oleh : Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

  1. Ketika termeterainya piagam Muafakat Nasional, pelbagai persepi dan andaian dibuat terhadap kesepaduan ini. Ada juga yang jelas gerun dengan penyatuan ini hingga meramalkan piagam dan muafakat ini bakal karam dalam masa yang singkat sahaja.
  2. Namun, kapal yang dikemudi hasil gabungan dua nakhoda yang sudah lama berseteru ini telah memberi impak besar kepada orientasi politik Malaysia. Rakyat meyakini Muafakat Nasional memberi manfaat bukan sahaja kepada penyatuan bangsa Melayu tetapi juga kepada keharmonian dan kesepakatan seluruh rakyat Malaysia.
  3. Biarpun musuh telah menembak peluru fitnah tanpa henti untuk memecahkan tembok Muafakat Nasional namun ia sering gagal. Rakyat dilihat matang menilai kepimpinan negara yang lebih menitikberatkan kebajikan rakyat daripada bermain isu persepsi dan fitnah.
  4. Marilah kita bergerak seiring memajukan Malaysia di samping terus meraikan kepelbagaian bangsa dan agama di negara Malaysia yang tercinta.

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera.”

Ustazah Hjh Wan Hasrina Bt Wan Hassan
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

21 Oktober 2020 / 4 Rabiulawal 1442H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor