Sebagai peneraju Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Selangor, Us Sukri Omar atau lebih dikenali sebagai USO menjadikan rutin berkala untuk turun ke institusi pendidikan di bawah Dewan Pemuda.
PASTI Selangor yang mempunyai jumlah bilangan murid teramai seluruh negara sudah pasti perlu perhatian yang lebih dekat dari pimpinan sekaligus mendapat maklumbalas perkembangan semasa peringkat PASTI seluruh Selangor.
Pertemuan tersebut juga memberi ruang kepada Us Sukri untuk menyampaikan taujihat sebagai satu pengisian ruh agar semua warga PASTI kekal semangat dan istiqamah dalam melaksanakan amanah perjuangan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
2 Zulhijjah 1441H |23 Julai 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan