Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner – Tinta KP Selangor : Pemimpin Ingin Muafakat Berjiwa Besar

409
SHARE

Saya melihat cara dan pendekatan pemimpin parti dalam Perikatan Nasional berjiwa besar dan sentiasa tenang dalam semua keadaan.

Benar sabdaan Nabi Muhammad SAW؛
“الأناة من الله والعجلة من الشيطان”

Maksudnya: “Ketenangan itu dari Allah, dan terburu-buru itu dari syaitan”.

Agenda penyatuan demi Islam dan rakyat diberikan keutamaan setelah kesumat politik membaluti perjalanan politik negara sehingga dilihat tidak berkesudahan, yang akhirnya rakyat menjadi mangsa pergelutan ini.

Muafakat Nasional cukup konsisten dalam membawa agenda kepentingan Islam dan rakyat samada ketika menjadi bukan kerajaan mahupun kini sudah menjadi kerajaan. Keputusan politik Muafakat Nasional bersama dalam kerajaan membawa sinar baru kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Kesepakatan ini menguntungkan Islam dan rakyat.

Usia Perikatan Nasional kini mencecah 5 bulan mentadbir negara dilihat lebih baik berbanding 22 bulan dibawah pemerintahan Pakatan Harapan.

Apa yang menjadi tanggungjawab kepada kita selaku ahli dan rakyat? Tanggungjawab kita adalah untuk tidak menyambut usaha dan perancangan musuh yang begitu benci dengan kesatuan ini.

Insyallah, PRU-15 rakyat sudah mampu membuat keputusan yang tepat setelah melihat bagaimana Muafakat Nasional dalam kerajaan mengurus dan mentadbir negara s bersama rakan-rakan politik dalam perikatan nasional.

14 Zulhijjah 1441H | 4 Ogos 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan