Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner – Tinta KP Selangor : Muafakat Satu Formula Kemenangan

545
SHARE

Jika tidak bersatu,
Berpecah adalah kita,
Jika bersatu membawa tuah,
Percayalah berpecah itu membawa celaka.

Menyahut seruan pimpinan tertinggi dalam usaha pengukuhan Muafakat Nasional. Selangor antara negeri yang sentiasa menjadi tumpuan dalam perkembangan politik tanah air. Begitu juga dengan pembentukan Muafakat Nasional Peringkat Negeri Selangor dan Muafakat Nasional Selangor kini sudah berada diperingkat gerak kerja bukan lagi ditahap membentuk jawatankuasa.

PRU-15 akan datang adalah PRU yang menjadi fokus utama dalam gerak kerja pilihanraya untuk melakar kemenangan. Dengan pemuafakatan ini, ia mampu memberi satu formula kemenangan, insyallah.

Muafakat Nasional Negeri Selangor yang dipengerusi bersama YB Dato’ Dr Yunus mewakili PAS dan Tan Sri Noh Omar mewakili UMNO sentiasa memastikan usaha pengukuhan ini dapat disambut sehingga ke peringkat akar umbi.

Bagi anak muda, apa yang kami harapkan kemuafakatan ini mampu memberi sinar baru buat Negeri Selangor. Sudah tiba masanya anak muda Selangor bersama dengan perubahan politik dalam negara Malaysia tercinta.

Kestabilan sesebuah negara atau negeri ia bergantung kepada kestabilan politik dan
Muafakat Nasional terbukti berjaya menstabilkan politik dalam negara kita. Begitu juga dalam Negeri Selangor 6 Adun UMNO & 1 Adun Tunggal PAS berjaya menjadi kompenan bukan kerajaan di posisi “check & balance” kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

15 Zulhijjah 1441H | 5 Ogos 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan