Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Tinta KP Selangor – Kemaafan Simbol Jiwa Besar

548
SHARE

Saya sempat menonton ucapan saudara Asri dalam live Fb PPIM.

Saya cuba menasihati diri, saudara Asri dan kita semua agar jangan melampaui batas dalam mengeluarkan kenyataan dan kata-kata. Ada yang tersakiti dek kerana rambang kita melemparkan tuduhan.

Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda;

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (riwayat Bukhari).

Sentiasa berfikir dan berada dalam keadaan tenang untuk sebarang ungkapan yang kita akan keluarkan. Insyallah, Allah akan permudahkan urusan apa yang kita hajati.

Mohonlah kemaafan lnsya-Allah pasti akan dimaafi. Setiap dari kalangan kita pasti ada kesilapan yang kita lakukan kerana kita manusia tak dapat lari dari kesilapan.

Berhati-hati dengan Naratif yang cuba dibentuk; “Rakyat Vs Anggota Penguatkuasa”.
Jangan terikut-ikut. Apa yang kita inginkan semua pihak fokus kepada 3 perkara:

  1. Membenteras Pusat-pusat perjudian secara holistik.
  2. Menyiasat dan memgambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan rasuah.
  3. Memberi ruang kepada peniaga-peniaga watan untuk berniaga dengan memudahkan urusan lesen dan penempatan lokasi perniagaan.

Insyallah kita akan mampu bersama dalam isu ini.

Hanafi Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor

22 Zulhijjah 1441H | 12 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan