SRITI Kuala Langat dengan kerjasama Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Kuala Langat menganjurkan Seminar Penyempurnaan Hala Tuju Pendidikan pasca COVID-19.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor Us Sukri Omar yang juga merupakan Pemangku Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Selangor dijemput untuk merasmikan seminar tersebut. Turut hadir bersama Pengarah SRITI Negeri Selangor Us Mohd Fauzan Madzlan.
Seminar diadakan di Pusat Latihan Awan (PLAS) di Morib. Peserta yang terlibat dikalangan guru-guru SRITI serta warga SRITI yang terlibat secara langsung.
Seminar ini bertujuan untuk menerangkan hala tuju pendidikan pasca COVID-19 serta untuk merapatkan ukhuwah antara guru dan staf SRITI Kuala langat.
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan