“Harapnya ada lah ulama’ & ahli PAN tegur Presiden diaorang. Rasulullah SAW bukan pelarian ke Madinah.Tak kena langsung contoh tu.” Demikian kenyataan Sdr Mohd Fadli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor.
Contoh dan perumpamaan yang digunakan tidak langsung kena dengan isu yang hendak di bawa iaitu berkaitan pelarian yang masuk ke negara disamakan dengan peristiwa Hijrah Nabi SAW. Peristiwa ini semua peringkat maklum bagaimana Nabi SAW diperintahkan oleh Allah SWT dan mendapat jemputan dari golongan Yashtrib saat Nabi berdakwah kepada mereka di Mekah.
Mengikut Sdr Fadli, sepatutnya ulama-ulama yang ada dalam PAN menegur dan membimbing Presiden mereka. Supaya tidak keluarkan kenyataan sesuka hati.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
7 Zulhijjah 1441H | 28 Julai 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan