Damansara, Selangor | 26 Julai 2020
Semalam Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Tuan Muhammad Fadzli Bin Abu Bakar telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Damansara Kali Ke – 17 manakala pemerhati dari Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor diwakili oleh Ustaz Fauzan Madzlan merupakan Pengarah SRITI Negeri Selangor.
Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS menjadi medan perhimpunan wajib para Perwakilan bagi mengeratkan hubungan silaturahim, bermuhasabah diri, menyampaikan komentar dan pandangan serta merancang gerak kerja Parti pada tahun yang lepas dan akan datang.
Tuan Ahmad Amzar Bin Ahmad Azlan selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Damansara merangkap Exco DPPNS telah memberikan ucapan aluannya kepada hadirin bahawa sebuah perjuangan memerlukan pengorbanan yang ikhlas daripada diri kita dalam pelbagai bentuk.
Tetamu jemputan terdiri daripada Saudara Amin Shukor selaku Ketua Pemuda UMNO Damansara merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor dan Haji Abdul Rahman Bin Hasan selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Damansara yang hadir sebagai wakil AJK PAS Kawasan.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan diberikan kekuatan dan kesediaan menghadapi sebarang cabaran yang perlu kita tangani pada masa akan datang.
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan