Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner – Lawatan Rasmi Memantau SOP Pembukaan Hari Pertama SRITI

871
SHARE

Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor Us Mohamed Sukri Omar juga selaku Ketua Sektor Pendidikan DPPNS turun memantau SOP pembukaan SRITI pada hari pertama operasi pada hari ini.

Kehadiran Us Sukri diiringi oleh Us Ashrul merangkap Timbalan Pengarah SRITI Negeri Selangor. Tinjauan ke SRITI bertujuan agar senantiasa mematuhi SOP yang ditentukan pihak Kerajaan.

Komitmen kami adalah memastikan pusat pendidikan dibawah kami terus bergerak melaksanakan pendidikan Islam yang komprehensif.

SRITI merupakan sebuah pusat pendidikan peringkat rendah milik Parti Islam Se-Malaysia. Ia dikelola oleh Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia.

SRITI merupakan usaha kesinambungan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)yang menawarkan pendidikan bersepadu peringkat rendah yang berasaskan kurikulum integrasi tahfiz, fardu ain dan fardu kifayah.

#PASSelangor

#DPPNS

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan