Gombak, Selangor | 29 Julai 2020
Pagi ini, SRITI Al-Mustaqim Gombak telah menerima lawatan daripada wakil Harian Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor iaitu Ustaz Muhammad Fadzli Bin Abu Bakar, selaku Naib Ketua Pemuda.
Beliau telah dibawa oleh Mudir SRITI Al-Mustaqim, Ustaz Mohamad Kamarul Helmi melawat ke semua kelas dan kawasan sekolah bagi melihat perjalanan SRITI Al-Mustaqim pasca PKP Covid-19. Alhamdulillah, beliau berpuas hati dengan perjalanan dan pematuhan SOP dan Garis Panduan di SRITI Al-Mustaqim.
Ustaz Muhammad Fadzli Bin Abu Bakar juga sempat menyampaikan sedikit ucapan dan pesanan kepada murid2 SRITI. Dalam ucapan beliau, beliau bertanya khabar murid2 setelah 4 bulan tidak hadir ke sekolah. Beliau juga mengingatkan murid2 tentang pentingnya mematuhi SOP dan norma baharu yang digariskan pihak kerajaan. Beliau juga meminta murid2 terus berusaha menjadi insan yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya pula nanti.
Semoga segala pesanan dapat diamalkan. Pihak SRITI Al-Mustaqim Gombak juga merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian melawat SRITI dan meluangkan masa beliau mewakili Dewan Pemuda PAS Selangor memantau perjalanan SRITI.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan sama2 kita mendoakan Covid-19 cepat berlalu InsyaAllah.
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan