Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Laras Nukilan TKP Us Mohamed Sukri Omar – USO : Matlamat Berpolitik Untuk Mengukuhkan Islam

405
SHARE

Politik merupakan sebahagian dari Islam kerana ia berkait dengan kuasa. Untuk melaksanakan Islam, tidak cukup sekadar dakwah, tetapi memerlukan kepada kuasa pemerintahan. Oleh sebab itu, Rasulullah melibatkan diri secara langsung dengan politik untuk memastikan Islam tertegak di Mekah dan Madinah.

Cuma untuk poliitk kepartaian, mungkin ada yang rasa tidak selesa kerana masing-masing mempunyai kecenderungan tersendiri kepada parti politik tertentu. Walau bagaimanapun, kita perlu sedar bahawa semua orang Islam mempunyai tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Politik merupakan wadah yang tidak boleh ditinggalkan.

Berpolitik mestilah mengukuhkan agama dan bangsa. Bukan dengan berpolitik, agama Islam semakin dihina dan orang Islam semakin hilang kuasa. Menerusi politik juga, Dakwah Islam sepatutnya semakin kuat dan orang bukan Islam tunduk dan hormat dengan Islam. Inilah intipati politik yang dianjurkan oleh Rasulullah.

Oleh sebab itu, Rasulullah tidak menerima tawaran yang diberikan oleh orang Quraysh kepada kuasa, harta dan wanita. Kerana syarat tawaran itu ialah Rasulullah tidak boleh menyebarkan dakwah dan menghentikan segala usaha yang dilakukan.

Walau bagaimanapun, Rasulullah menolak tawaran itu dan mengambil jalan susah dan mencabar. Akhirnya Baginda dan para sahabat diboikot dan diperangi atas keputusan yang diambil ini, tetapi berpegang dengan prinsip agama sangat penting dalam politik Islam.

Prinsip penting dalam politik ialah menjaga dan mengukuhkan agama dan bangsa, bukan akhirnya agama dipermainkan dan bangsa ditertawakan.

Us Mohamed Sukri Omar
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

19 Zulhijjah 1441H | 9 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan