PENUBUHAN PAS
Penubuhan PAS pada 23 Ogos 1951 adalah manifestasi gerakan Ulamak kearah menuntut kemerdekaan. Setelah Hizbul Muslimin diharamkan oleh British pada tahun yang sama ditubuhkan iaitu 1948. Para pimpinan Hizbul Muslimin yang berbaki bergerak aktif menubuhkan Parti Islam Se-Malaya (PAS).
Diawal penubuhan PAS , Persidangan Ulamak Ke-3 bercadang untuk menubuhkan Persatuan
Ulamak Se-Malaya. Namun atas inisiatif
Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya
as-Syariff, Gunung Semanggol telah berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya
yang dicadangkan pada mulanya.
PAS ditubuhkan dengan kesatuan Ulamak kaum tua dan muda bagi
memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara. Persoalan khilaf diketepikan dengan meletakan titik kesatuan iaitu bekerja membebaskan negara dari penjajah, MERDEKA menurut acuan Islam bukan menuruti penjajah, dan mendirikan sebuah negara yang mendaulatkan Islam sebagai sistem hidup yang menyeluruh.
Tokoh-tokoh yang terlibat dalam penubuhan PAS adalah antaranya Sheikh Abdullah Fahim. Sheikh Ismail
Hamzah, Tuan Guru Haji Ahmad Badawi
Abdullah, Ustaz Baharuddin Abdul
Latif, Ustaz Othman Hamzah (Persatuan Ihya Asy-Syariff), Ustaz Abdul Rahman Jamaluddin al-Jampuli (Madrasah
Aljunied Al-Islamiah, Singapura), Tuan Guru Haji Yahya Junid (Persatuan Ulamak
Kedah), Tuan Guru Haji Mohd Noor Mahyuddin dan Faqeh Mohamad Nor Mohd Zain (Perikatan Madrasah Kuala Lumpur), Ustaz Abu Bakar Asy’ari dan Ustaz Ahmad Long, (Perikatan Imam-imam Perlis), Haji Abdul Samad Nuh (Madrasah Yahyawiyah Padang Rengas), Haji Hussein Che Dol (Madrasah Akhlak As-Salam, Guar Chempedak) Tuan
Guru Haji Tuan Ahmad Tuan Hussein, Ustaz Zabidi Ali, Haji Mansor Hassan JP, Haji Sulaiman Palestin, dan Haji Ibrahim Aqibi.
Kesungguhan PAS dalam gerakan
kemerdekaan di rakamkan oleh tokoh awal penubuhan PAS iaitu Ustaz Baharuddin Abdul Latif didalam Suara Islam:
“ Nyatalah tujuan pertaman dari matlamat
perjuangan kita ialah MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN. Ini adalah suatu perkara yang wajar. Sebagai sebuah parti poltik yang berideologi dan bercita-cita, kita tahu bahawa menghapuskan penjajahan dan mendapatkan KEMERDEKAAN itulah tugas kita yang pertama. Kemerdekaan adalah alat atau jambatan yang boleh menyampaikan kepada terlaksananya cita-cita. Tidak ada satu cita-cita atau ideologi pun dapat dilaksanakan dengan sempurna dalam sebuah negara yang hidup dibawah kongkongan penjajah, bahkan bukan sahaja sekadar itu, kemerdekaan itu bagi umat islam adalah mengandungi NILAI YANG LEBIH BESAR dan LEBIH TINGGI. Ia adalah KEHORMATAN dan KEMULIAAN hidup. Tidak ada MALU yang lebih besar dan tidak ada NISTA yang LEBIH HINA bagi umat Islam selain daripada ARANG HITAM PENJAJAHAN yang terconteng
didahinya itu yang mesti dan wajib DIHAPUSKAN dengan cara apa sekalipun.”
PAS PADA 1953-1959
Pada tahun 1953 PAS terlibat dengan
‘National Convention’ anjuran UMNO dalam usaha perjuangan kemerdekaan. Pada akhir 1953 PAS keluar dari ‘National Convention’ kerana isu Jus Soli dan
pengabaian ekonomi melayu. Pada tahun tersebut PAS telah mengambil langkah
merangka draf perlembagaan dan menekankan beberapa isu utama. Antaranya adalah :
Dinamakan negara ini Persekutuan Tanah Melayu, Islam dasar pemerintahan
negara, Melayu sebagai kebangsaan tunggal, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu bahasa rasmi yang tunggal, Hak keistimewaan melayu sebagai pribumi, Menolak jus soli, Struktur politik persekutuan, Demokrasi berperwakilan yang dipilih rakyat, berkabinet dan berkementerian, dan menolak pengaruh ketenteraan British dibawah pakatan kedaulatan Asia Tenggara. Pada tahun itu juga
kepimpinan Tuan Haji Ahmad Fuad cuba membawa PAS bekerjasama dengan IMP dalam isu menuntut pilihanraya Persekutuan.
PAS menyertai Persidangan Kebangsaan
tajaan Perikatan UMNO-MCA bagi membahaskan cadangan mendesak kerajaan British supaya mengadakan pilihanraya Persekutuan pada tahun 1954. Ianya adalah sebagai permulaan kearah pemerintahan merdeka dan bebas dari penjajah.
Pada tahun 1955 PAS menyertai Kongres
Pemuda Melayu yang dianjurkan tokoh-tokoh kiri daripada bekas PKMM, API dan
GERAM. Turut menubuhkan Kongers Negara adalah Dato’ Onn (Parti Negara). Daripada Kongres ini tertubuhnya Barisan Kebangsaan Melayu (BKM).
Pada 31 Mei 1955 PAS didaftarkan sebagai Parti Politik dan menyertai pilihanraya Majlis Perundangan
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun tersebut. 11 calon dari PAS dan PAS berjaya memenangi 1 kerusi Majlis iaitu di kawasan Kerian, Perak. Wakilnya adalah Tuan Guru Haji Ahmad Haji Husin.
Pada Tahun 1956 Tunku Abdul Rahman
mengetuai rombongan ke London bagi
membincangkan Kemerdekaan Tanah Melayu. British bersetuju dengan cadangan pembentukan Suruhanjaya Bebas bagi mengubal perlembagaan Persekutuan. PAS membantah apabila orang asing mengangotai pembentukan suruhanjaya tersebut. Bagi PAS adalah ganjil perlembagaan suatu negeri dibuat oleh orang asing. Sepatutnya orang dari negeri itu sendiri yang membentuk perlembagaan dan mentadbir negeri .
Pada 5 Ogos 1957 Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi British (Wakil Ratu) dengan Raja-Raja Melayu bagi mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 27 Ogos perlembagaan itu berkuatkuasa dan pada 31 Ogos Persekutuan Tanah Melayu memperolehi
Kemerdekaan dari British.
Pada 19 Ogos 1959 berlaku Pilihanraya
Umum Pertama di Persekutuan Tanah Melayu, Ketika itu PAS berjaya memenangi 13 Kerusi Parlimen (9 diKelantan dan 4 diTerengganu). PAS berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu. Dengan itu PAS dapat menterjemahkan ideologi perjuangan Islam dalam pemerintahan negeri.
PAS PADA TAHUN 1961-1982
Pada 1961 PAS di Terengganu dijatuhkan dengan usul undi tidak percaya. Pada 14 September 1963 ditubuhkan Malaysia gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. PAS pada waktu itu menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963.
Pada 24 April 1964 telah diadakan
Pilihanraya Umum ke 2. Malaysia ditubuhkan, Sabah dan Sarawak tidak menyertai pilihanraya tersebut kerana baru memasuki Malaysia. 104 Kerusi dipertandingkan dan PAS berjaya mendapatkan 9 kerusi Parlimen (8 diKelantan dan 1 diTerengganu). PAS kehilangan Negeri Terengganu dan berjaya mempertahankan Kelantan. PAS Kelantan menguasai 21 Kerusi dari 30 kerusi DUN.
Pada Tahun 1965 Tunku Abdul Rahman
mengeluarkan Malaysia dari Singapura setelah beberapa konflik berlaku kerana
kebanyakan arahan dari Kerajaan Persekutuan tidak dipatuhi Singapura. Tambahan pula dijangkakan PAP dapat mendominasi politik Malaysia ketika itu.
Pada 10 Mei 1969 berlaku Pilihanraya
Umum ke-3, 144 kerusi Parlimen dipertandingkan. PAS bertanding 62 kerusi Parlimen dan berjaya memenangi 12 kerusi Parlimen (3 diKedah, 6 diKelantan, 3 diTerengganu dan 1 diPerak). Terus berjaya mengekalkan pemerintahan di Negeri Kelantan. 13 Mei berlaku rusuhan kaum, namun dinegeri Kelantan tetap tenang dibawah pemerintahan PAS.
Pada Tahun 1972 PAS menyertai Perikatan
kemudian dijenamakan sebagai Barisan Nasional. Justifikasi utama penyertaan
didalam Perikatan adalah Perpaduan Melayu kerana selepas rusuhan kaum 1969 , penyatuan 2 parti politik induk orang melayu iaitu Umno dan PAS amat penting bagi KESTABILAN dan EKONOMI negara.
Pada Tahun 1973 Kerajaan Campuran Perikatan-PAS ditubuhkan peringkat Negeri dan Pusat. Negeri yang terlibat ialah Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Pada Tahun 1974 PAS menyertai Pilihanraya Umum ke-4 dengan mengunakan bendera BN dan berjaya
memenangi 14 kerusi Parlimen (3 di Kedah, 7 diKelantan, 3 di Terengganu dan 1 diPerak). BN ketika itu berjaya mendapat kejayaan besar dalam PRU. Apabila PAS
menjadi sebahagian dari Kerajaan Persekutuan, banyak dasar-dasar Islam yang diperkenalkan. Sehingga berjaya mengerakan penubuhan YADIM, mengisi program Islam didalam RTM dan lain-lain.
Pada Tahun 1977 PAS di tendang dari BN dan kehilangan Kerajaan Kelantan. Kerana menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977.
Pada 8 Julai 1978 berlaku Pilihanraya Umum ke-5. Dalam pilihanraya ini PAS tiada dalam BN. PAS berjaya mendapat 5 Kerusi Parlimen (2 diKedah, 2 diKelantan dan 1 diPulau Pinang), dan kehilangan Kelantan buat kali pertama sejak kemerdekaan. Dari tahun 1978 hingga 1982 merupakan tahun yang sangat getir bagi PAS. Dari krisis kepimpinan, kehilangan kuasa pemerintahan dan tekanan ISA.
PAS 1982-1990
Pada Tahun 1982 berlaku Pilihanraya Umum ke-6. PAS memenangi
5 kerusi Parlimen (1 di Kedah dan 4 di Kelantan). Pada Oktober 1982 PAS mula
membawa gagasan Kepimpinan Ulamak. PAS mula membina jambatan dengan non muslim sehingga terbentuknya Majlis Perundingan Cina (CCC). PAS terus vokal dalam menyuarakan kepentingan Islam sehingga Kerajaan persekutuan mewujudkan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.
Pada November 1985 berlaku tragedi memali telah mengorbankan 14 orang ahli PAS dan 4 anggota Polis. Ianya diarahkan Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad. Sehingga kini PAS terus menuntut agar Suruhanjaya Diraja (RCI) ditubuhkan supaya membongkar kebenaran, agar yang bersalah dapat dihadapkan kemuka pengadilan.
Pada tahun 1986 berlaku Pilihanraya Umum ke-7. PAS hanya memenangi 1 kerusi Parlimen (Pengkalan Chepa). Ianya dimenangi oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdullah Arshad. Saat paling getir dan menyedihkan. Lalu para ulamak PAS mengerakan tarbiyyah secara bersungguh-sungguh. Para Murabbi PAS
seperti Tuan Guru Haji Yahya Othman, Tuan Guru Harun Taib, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Wan Jamil dan ramai lagi. Masing-masing berperanan mengukuhkan dan memperkemaskan Tarbiyyah PAS pada ahli.
Pada tahun 1988 UMNO diharamkan kerana Dr Mahathir Mohamad memenangi pemilihan dengan cara yang tidak sah. Perbuatan Dr Mahathir mengakibatkan Umno berpecah sehingga Parti Semangat 46 ditubuhkan.
Pada 1989 Angkatan Perpaduan Ummah dibentuk dengan terasnya dari PAS dan Parti Melayu Semangat
46 (PMS46).
Pada tahun 1990 berlaku Pilihanraya Umum ke-8. PAS berpakat dengan PMS46 dengan membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) berjaya memenangi 7 kerusi Parlimen (6 diKelantan dan 1 diTerengganu) serta berjaya merampas kembali Negeri Kelantan. Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar “Membangun Bersama Islam”, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasanya.
PAS 1995 -2020
Pada tahun 1995 berlaku Pilihanraya Umum ke-9. PAS bersama APU berjaya mengekal kemenangan 7 Kerusi Parlimen (6 diKelantan dan 1 diTerengganu) dan mempertahankan Kelantan. Pada tahun 1996 berlaku krisis antara PAS dan PMS46 yang akhirnya menyebabkan terbubarnya APU.
Pada tahun 1998 berlaku pemecatan pada Anwar Ibrahim oleh Dr Mahathir Mohamad. Parti Keadilan Nasional ditubuhkan pada 1999. Sekali lagi Parti
melayu berpecah akibat dari perbuatan Dr Mahathir Mohamad.
Pada 29 November 1999, Berlaku Pilihanraya Umum ke-10. PAS menubuhkan GERAK kemudian menubuhkan Barisan Altenatif (BA) bersama Parti Keadilan Nasional dan DAP.
PAS berjaya memenangi 27 Kerusi Parlimen (8 diKedah, 10 diKelantan, 7
diTerengganu dan 2 diPerak), merampas
kembali Terengganu dan mempertahankan Kelantan.
Pada 21 September 2001, DAP keluar dari Barisan Altenatif. Akibat kelantangan PAS dalam perjuangan menegakan Islam. Ketika itu Almarhum Dato Ustaz Fadzil Noor masih Presiden PAS dan Almarhum Dato Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah masih Mursyidul ‘Am PAS.
Pada 21 Mac 2004, Berlaku Pilihanraya Umum ke-11. PAS memenangi 7 kerusi Parlimen (1 diKedah dan 6 diKelantan), berjaya mempertahankan Kelantan dengan majoriti tipis (PAS 23 dan BN 22) dan kehilangan Terengganu.
Pada 8 Mac 2008, Berlaku Pilihanraya Umum ke-12. PAS memenangi 23 kerusi Parlimen (6 diKedah, 8 diKelantan, 1 diTerengganu, 2 diPerak, 4 diSelangor, 1 diKuala Lumpur), berjaya menawan Kedah, menjadi sebahagian Kerajaan Selangor dan mempertahankan Kelantan.
1 April 2008 Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan setelah melihat koalisi politik pembangkang perlu diwujudkan bagi membentuk Kerajaan di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. PR gabungan PAS, PKR dan DAP.
Pada 5 Mei 2013, Berlaku Pilihanraya Umum ke-13. PAS menghadapi
pilihanraya ini bersama PR, berjaya memenangi 21 Kerusi Parlimen (1 diKedah, 9 diKelantan, 4 diTerengganu, 2 diPerak, 1 diPahang, dan 4 diSelangor), kehilangan Kedah dan Perak, berjaya menjadi sebahagian kerajaan Pulau Pinang,
Selangor dan kekal mempertahankan Kelantan. DAP mula keluar dari PR pada tahun 2015, maka terbubar PR.
Pada tahun 2017, Muktamar Pemuda PAS Pusat di Kedah mengusulkan agar diputuskan Tahaluf Siyasi dengan PKR. Usul ini dibawa ke Muktamar PAS Pusat dan diluluskan Majlis Syura Ulamak.
Pada 9 Mei 2018, Berlaku Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14). PAS menghadapi pilihanraya secara bersendirian. PAS menubuhkan Gagasan Sejahtera
(PAS, Ikatan & Berjasa). PAS memenangi 18 kerusi Parlimen (9 diKelantan dan
8 diTerengganu), PAS berjaya merampas kembali Terengganu dan kekal
mempertahankan Kelantan. Ianya merupakan rekod yang hebat dibawah kepimpinan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Baton kerajaan persekutuan bertukar tangan. Dari BN ke PH.
22 Bulan pemerintahan PH sangat membebankan rakyat. Ekonomi
meleset dan DAP terus menjadi Abang besar didalam PH. Menjarah khazanah Melayu Islam dan mencabar kedaulatan Melayu Islam.
Pada 14 September 2019 terpahat didalam sejarah. 2 Parti induk Melayu Islam kembali bersatu iaitu PAS dan UMNO dengan terbentuknya
Muafakat Nasional. Tujuannya adalah membela Agama, Bangsa dan Negara. Peristiwa bersejarah ini berlangsung di PWTC disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Dengan terbentuk Muafakat ini, ianya menjadikan kuasa politik Melayu Islam
mendominasi negara. Muafakat Nasional berjaya membuktikan bahawa kaum lain
tidak di abaikan apabila mencalonkan MCA dalam PRK Tanjung Piai.
Pada 23 Febuari 2020 detik bersejarah apabila gabungan PAS UMNO
(Muafakat Nasional), BN (Umno, MIC, MCA), Bersatu, GPS dan GBS yang dinamakan Perikatan Nasional (PN). Berjaya mengambil alih Kerajaan dari PH dengan PERKENAN Yang Dipertuan Agong. Dalam tempoh beberapa bulan PN berjaya memulihkan Ekonomi dan mengekang wabak Covid19. Kesepakatan politik ini memberi manafaat yang besar pada rakyat. PN berjaya menubuhkan kerajaan negeri di Perak, Melaka, Johor dan Kedah. 3 wakil dari PAS yang menjadi Menteri dan 5 menjadi Timbalan Menteri.
69 Tahun PAS berada didalam dinamika politik negara, tidak membuatkan ianya berubah. Terus kekal dengan Prinsip Islam serta menjadi Benteng Pertahanan paling ampuh buat Umat Islam dan rakyat Malaysia. Sejarah ini untuk digali dan ditatapi generasi kemudian agar tidak lupa dan senantiasa belajar darinya.
Semoga PAS terus maju dimedan siasah dengan pedoman Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Kelebihan PAS adalah Dasarnya Islam dan wujudnya Majlis Syura Ulamak yang menaungi PAS. Walau pelbagai rintangan dilalui dan kerumitan di medan siasah, selama mana 2 perkara tunjang ini mengukuhi PAS.
PAS terus teguh menghadapi segala cabaran insyallah. Moga doa para alim ulamak dan amilin yang ikhlas menjadikan PAS terus terpelihara dan Istiqamah dengan Islam sampai ke akhirnya.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor