Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Laras Nukilan TKP Selangor – Gejala Pukalisme Dan Rasuah Membarah Dalam Masyarakat

563
SHARE

Menuduh secara menyeluruh polis tak solat dan rasuah. Saya rasa itu tidak adil dan Salah !

Masih ramai dikalangan Polis yang saya kenal merupakan orang yang melazimi solat berjamaah dan menghadiri kuliah di Masjid.

Jangan lepas ni ada yang menghukum secara PUKAL orang yang berjanggut gelojoh dalam berhukum. Sedangkan masih ramai yang berhukum secara RASIONAL.

Isu Asri Janggut menerjah pusat judi merupakan suatu sikap yang baik dan berani. Menyanggah kemungkaran dalam masyarakat setelah sekian lama bermaharajalela. Kita perlukan ramai lagi manusia sepertinya bagi membentuk masyarakat sejahtera. Sekiranya ramai manusia seperti asri janggut dalam masyarakat, maka penjenayah dan perosak masyarakat akan senantiasa berada dalam ketakutan.

Harapan kita agar pihak berkuasa dan masyarakat mesti bekerjasama dengan jujur agar kerosakan dan kemungkaran dalam masyarakat dapat di banteras habis-habisan bagi mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera.

NAMUN BEGITU TIDAKLAH IANYA MENJADI HUJAH UNTUK MEMBENARKAN TINDAKAN RASUAH PENJAWAT AWAM DAN MEREKA YANG DIBERIKAN AMANAH OLEH RAKYAT. YANG SALAH TETAP SALAH !

Jelaslah bahawa perbuatan rasuah mencambahkan kerosakan dalam masyarakat. Pusat perjudian dan pelacuran tidak dibendung kerana ada pihak yang khianat pada amanah yang bersekongkol dengan taikun judi dan pelacuran. Sedarkah berapa ramai ANAK BANGSA yang TERGADAI disebabkan PENGKHIANATAN INI.

Sebenarnya banyak contoh dalam masyarakat krisis pukalisme. cth isu imam muda, pencetus ummah, ustaz, ahli politik dan lain-lain di pandang serong hanya kerana masalah beberapa orang dalam segmen tersebut.

Saya menyeru untuk kita berpegang dan menghayati perintah Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَـَٔانُ قَوْمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعْدِلُوا۟ ۚ ٱعْدِلُوا۟ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ

Terjemahan : Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Surah Al-Maidah: Ayat 8 )

Betulkan cara berfikir. Dalam membuat kesimpulan sesuatu isu. Adilinya dengan hujah yang tepat. Jangan menjadi lalang yang mengikut angin. Sekadar mengikut orang sekeliling.

Dirisaukan kesimpulan yang dibuat secara pukal didalam sesuatu isu akan menjerumuskan kita pada DOSA YANG LEBIH BESAR iaitu MEMFITNAH.

Paling menyedihkan ada dikalangan masyarakat memilih untuk mengapikan atas sesuatu tuduhan yang dibuat secara pukal.

Barangkali ada pihak yang seronok kerana mengikut arus tuduhan tersebut tetapi memikul dosa FITNAH tiada apa yang menyeronokan.

Ustaz Mohamed Sukri Omar
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

22 Zulhijjah 1441H | 12 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan