Home Artikel PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Laras Nukilan TKP PAS Selangor Ustaz Mohamed Sukri Omar – SALAM KEMERDEKAAN

611
SHARE

Pada Kemerdekaan itu terangkum kemerdekaan kemahuan, fikiran dan jiwa. Kita masih belum merdeka selagi terjajah kemahuan, fikiran dan jiwa kita menurut acuan barat.

Kita Merdeka dengan acuan Islam. Merdeka Kemahuan kita di atas mengajak dan menyebar kebaikan dan kebajikan tanpa perlu merasa takut menyampaikan kebenaran dan menyanggah kebatilan.

Merdeka pemikiran kita dari acuan menjadi hamba kepada sesama makhluk kepada tunduk dengan Kebenaran yang diturunkan pencipta.

Merdeka jiwa sehingga kita teguh diatas Kebenaran dari Tuhan serta kukuh dalam menghadapi segala rintangan. Sehingga tiada siapa dapat menahan kita menyebar kebenaran, keadilan dan kebaikan sesama manusia.

Pada Merdeka itu mengandungi NILAI BESAR, YANG TINGGI, KEMULIAAN dan KEHORMATAN HIDUP !

“Malaysia Prihatin”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor