Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor Us Hanif J – “Jangan Campur Aduk Kan Politik Dengan Agama”

794
SHARE

“Politik suku, Agama suku”

Biasakan dengan ayat macam ni, ketahuilah bahawa orang yang sebut begini dia telah termakan hasutan doktrin Sekularisme yang memisahkan politik dengan Islam..

Sekularisme menjadikan hal agama hanya dalam ruang lingkup yang terhad dalam batasan bangunan masjid dan surau.

Malah di dalam pengajian agama pula, dibuang silibus yang berkaitan dengan politik, jihad, negara Islam dan apa yang mempunyai kaitan.

Apabila agama disempitkan, politik pula tiada panduan dari agama maka masuklah unsur politik jenis Machivialle iaitu matlamat menghalalkan cara.

Demi sesuatu yang diinginkan maka akan diusahakan tanpa mengira soal dosa pahala, batasan halal haram, apa yang penting AKU DAPAT APA YANG AKU NAK..

Kesannya lahirlah ‘politikus’ yang banyak bermain persepsi negatif demi memenangi ke atas pihak lawan dengan cara jahat.

Rakyat dijadikan mangsa kerana rakyat hanya alat demi meraih jawatan, kuasa dan pangkat.

Hilangnya sifat amanah dalam menjalankan tugas. Rosak lah negara..

Sumber Politik & Islam Dr Zuhaili..

Terfikir, andai dipisahkan keduanya adakah ketika dia berpolitik dia tiada agama??

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor