Home Artikel PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor Us Hanif J – Hayati Kemerdekaan Negara Dengan Jiwa Yang Kental

263
SHARE

“pakcik dulu pernah kene tampar dan kene tendang oleh komunis, sebab pakcik tak nak turun dari basikal, komunis selam kepala pakcik dalam air” cerita pakcik kepada kami sambil mengalirkan air mata..

“Anak muda harini pakcik nak bagi nasihat, sayangilah negra kita sebaik mungkin, hargai pengorbanan para pejuang dahulu nak capai merdeka, ada yang mati dibunuh” sambung pakcik lagi..

Alhamdulilah pagi tadi bersama sahabat² ARC Selangor menziarahi beberapa veteran di sekitar Kuala Langat untuk mengambil semangat kemerdekaan dari mereka..

Kemerdekaan diperoleh dengan semangat juang yang tinggi daripada para pejuang.. Tidak dinafikan juga peranan para ulama dalam sejarah kemerdekaan..

Mengambil petikan tulisan Ust Sukri Omar
“Sheikh Daud Fatoni, Sheikh Abdul Somad Al-Falimbani, Sheikh Ahmad al-Fatani, Tok Janggut, Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong, Sheikh Said Al-Linggi, Tok Kenali, Sheikh Abdul Qadir Al-Mandali, Sheikh Abdullah Fahim, Tuan Guru Hj Yahya Junid, Sheikh Ahmad Said Al-Linggi dan lain-lain.

Mereka sangat teguh pendiriannya. Tidak gerun menyampaikan kebenaran walau berhadapan dengan penjajah.”

Pengerusi DACS Saidul Marjuni sempat bawa rombongan konvoi ke beberapa tempat antaranya Route 5 Pantai Morib, geng motor kalau datang morib wajib singgah sini.. Mendengar perkongsian dari Hj Amin berkenaan Route 5 ini dan pengalaman beliau mengerjakan umrah dengan menaiki motor.. Fuh power bai..

Kemudian konvoi singgah ke Tugu Piala Thomas yang sedang diusahakan baik pulih oleh DACS Kuala Langat di rumah Hj Sidek.. Alhamdulillah projek dengan lancar dan baik, terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang memberikan sokongan padu akan usaha ini. Semoga Allah permudah urusan kalian..

Hayati kemerdekaan dengan jiwa yang kental..

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor