Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor – Ruh Jihad Sultan Muhammad Al-Fateh Membangkit Semangat Pemuda

338
SHARE

Pemuda Bangkit Demi Islam

Setelah hampir berputus asa,
dek kekebalan Kota Konstantinople,
Sultan Muhammad kembali BANGKIT..

Mengambil semangat Abu Ayub Al-Ansori,
Sultan mengumpulkan seluruh jenteranya,
Memberikan kalam taujihat dan semangat,
Merencana strategi dan membina kekuatan,
Akhirnya mereka memperoleh kemenangan..

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).”

Muktamar pemuda berbaki 7 hari lagi,
Mengumpul seluruh jentera dari 22 kawasan,
Mengambil semangat para pejuang terdahulu,
Mendengar taujihad semangat dari perasmi,
Bersedia menghadapi PRU15..

PEMUDA BANGKIT!!
Dengan kefahaman yang jelas,
Dengan ketaatan yang untuh,
Dengan semangat yang berkobar,
Dengan kekuatan yang jitu,

Terus Mara,
DEMI ISLAM!!

Hanif J
Semangat tengok teaser muktamar ni.
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

18 Zulhijjah 1441H | 8 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan