Serius tak muka kami ?
Serius membincangkan SOP keselamatam sepanjang perjalanan muktamar DPPNS Ahad ini InsyaAllah..
“Kebenaran yang tidak tersusun, boleh dikalahkan oleh kebatilan yang terusun”
Muktamar pada kali ini sedikit berbeza berbanding muktamar yang lepas. Dengan masa yang terhad, kehadiran yang terhad, pergerakan juga terhad dan pengawalan yang ketat.
Tiada pemerhati dibenarkan hadir pada kali ini, hanya perwakilan dan jemputan sahaja yang akan dibenarkan masuk. Dengan syarat mengikut SOP yang telah digariskan..
Seluruh tetamu, perwakilan, petugas WAJIB mematuhi Standard Prosedur Operasi PKP sebagaimana arahan yang dikeluarkan oleh MKN :
- Membuat saringan kesihatan (bacaan suhu badan) dipintu masuk dewan.
- Pematuhan pemakaian penutup muka atau “face mask” dengan betul.
- Mendaftar kehadiran dengan menggunakan Aplikasi MySejahtera melalui QR code yang disediakan oleh PIHAK pengurusan Dewan.
- Pamerkan bukti pendaftaran anda kepada anggota JAMNS yang bertugas sebagai pengesahan.
- Sentiasa menjaga penjarakan sosial dan dilarang berkumpul beramai-ramai.
Jika ada mana-mana individu melanggar peraturan yang telah ditetapkan JAMNS akn memberikan teguran sebaiknya InsyaAllah..
Doakan semoga ianya berjalan dengan lancar.. InsyaAllah..
Hanif J
Cerita malam tadi…
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
23 Zulhijjah 1441H | 13 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan