Home Artikel PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner – Ketua Pemuda PAS Selangor Turun Bantu Pembersihan Rumah Mangsa Banjir

352
SHARE

Kajang, Selangor | 19 Julai 2020

Selepas banjir kilat melanda beberapa daerah di Negeri Selangor ekoran hujan lebat, Ketua Pemuda PAS Us Hanafi Zulkapli turun membanting tulang membantu mangsa membersihkan rumah di Kampung Seri Jambu Kajang.

Kehadiran Us Hanafi turut disertai oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor Us Mohamed Sukri Omar bersama pimpinan dan anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor dan kawasan Bangi.

Aktiviti pembersihan yang dilakukan oleh para anggota Amal bagi meringankan beban mangsa yang sudah tentu keletihan akibat menghadapi situasi banjir. Barang-barang kelengkapan rumah yang telah rosak terpaksa dibawa keluar dari rumah bagi memudahkan pihak keluarga mengatur semula peralatan rumah.

Tidak terkecuali juga, kelengkapan peralatan persekolahan anak-anak bagi memulakan sesi persekolahan yang baru selepas pasca Covid 19 turut ditenggelami banjir.

Kesempatan yang ada juga, diambil peluang untuk memberikan semangat kepada mereka yang mungkin tertekan akibat kerosakan harta benda dan kediaman. Kami menyeru kepada seluruh rakyat untuk turut sama mendoakan agar mangsa-mangsa bencana banjir yang telah banyak kehilangan harta benda diberikan kekuatan oleh Allah.

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan