Bertemakan “Malaysia Prihatin” dalam sambutan Hari Kebangsaan sempena ulang tahun kemerdekaan kali ke 36 pada setiap kali 31 Ogos 2020 menzahirkan perasaan negara yang dekat dengan rakyat terutama di saat negara bergelut dengan wabak pandemik COVID-19.
Kejayaan yang dicapai oleh negara dalam menangani COVID-19 sehingga berjaya menarik perhatian dunia membuktikan perpaduan kalangan rakyat bersama para pemimpin memberi kerjasama yang kepada barisan hadapan dalam menjalankan gerak kerja menangani pandemik ini.
Tidak hanya soal keselamatan namun pandemik kini juga memberikan kesan yang besar kepada sektor ekonomi. Alhamdulillah, begitu banyak pelan yang dilancarkan bagi membantu rakyat Malaysia menunjukkan keprihatinan negara kepada rakyat.
Semangat perpaduan dan keprihatinan sebegini yang diharapkan dalam terus memacu sebuah negara merdeka yang telah mencapai usia kemerdekaan ke 63 tahun.
Kepincangan dan kebobrokan selama 22 tahun di zaman PH memerintah jangan diulangi lagi. Teruskan semangat bermuafakat antara semua parti politik, NGO, komuniti dan masyarakat bagi membina kesepaduan dan perpaduan yang membuahkan hasil yang baik untuk agama, ummah dan negara.
Jangan kita lupa, kejayaan perpaduan ummah di ambang kemerdekaan apabila ummah berjaya mendesak Suruhanjaya Lord Reid memasukkan peruntukan Islam dalam Perlembagaan bagi memastikan identiti negara ini mengangkat dan menjulang agama Islam sebagaimana yang dinyatakan menerusi Perkara 3(1) bahawa Islam agama Persekutuan.
Kuatnya kita mempertahankan agama dan sensitiviti kepentingan dengan perpaduan. Inilah kejayaan kita bersama. Kemerdekaan kita bukan hanya mahu “menghalau” penjajah pulang tetapi kemerdekaan kita adalah dengan pengisian agama dengan memastikan agama diletakkan pada tempat tertinggi.
Begitulah penghayatan kemerdekaan pada kali pertama pada tahun 1957 dengan laungan azan dan bacaan doa kalangan para ulama dan mufti. Manifestasi kemerdekaan bukanlah hanya “bebas kosong” tetapi kembalikan semula negara ini kepada pemerintahan Islam yang telah sedia ada di negara ini sejak dahulu.
Selaku Ketua Pemuda DPPNS, saya menyeru seluruh anak muda untuk menghayati kemerdekaan ini dan terus mempertahankan kedaulatan negara ini sebagaimana perjuangan generasi terdahulu yang ikhlas sehingga sanggup mengorbankan nyawa demi memastikan negara terus berdaulat!
“Malaysia Prihatin”
“Demi Islam”
“Pemuda Bangkit Demi Islam”
USTAZ HANAFI ZULKAPLI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
12 Muharram 1442 | 31 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor