Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Mengajak Umat Islam Berdoa Buat Lubnan

814
SHARE

Hari ini Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) ingin mengajak seluruh masyarakat di negara ini yang beragama Islam untuk terus mendoakan rakyat Negara Lubnan yang ditimpa musibah yang sangat dahsyat semalam untuk terus bersabar dengan apa yang berlaku.

Tragedi yang sangat dahsyat ini terjadi pada pukul 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) di gudang berhampiran dengan pelabuhan. Letupan gudang yang sangat kuat itu menggegarkan ibu kota Beirut.

Dikatakan gudang berkenaan menyimpan 2,750 tan ammonium nitrat dalam keadaan tidak selamat. Letupan yang kuat ini juga mengakibatkan kemusnahan bangunan yang sangat besar dan Angka kematian juga dijangka meningkat. Ledakan berkenaan turut didengari sejauh 240 kilometer.

Oleh yang demikian mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga mangsa tragedi letupan gudang di beirut dan mari lah sama-sama kita menadah tangan untuk terus mendoakan mereka yang terlibat dipermudahkan segala urusanya.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

16 Zulhijjah 1441H | 6 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan