Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepang – Salam Maal Hijrah 1442H

692
SHARE

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
TAHUN BARU HIJRAH 1442H
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

(مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا ۗ وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ)

Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. [Al-Fussilat : 46]

“Apa, bagaimana, di mana, kenapa, siapa ?”

Persoalan yang biasa ditimbulkan ketika merencana sesuatu program, aktiviti mahupun menggerakkan organisasi. Buntu dengan persoalan-persoalan yang diajukan, maka pada ketika itu kita sedang menongkah arus kegagalan dalam setiap langkah kehidupan kita.

Pernah jumpa manusia berperilaku “pasif atau memasifkan diri ?” Terkadang dia buat-buat tidak tahu dan acapkali buat-buat tidak faham. Perkara baik, dia tidak sokong. Perkara buruk pun dia buat-buat tidak tahu. Seumpama diberi pilihan syurga dia tidak mahu, diberi pilihan neraka dia buat-buat lupa.

Pernah anda jumpa manusia berperilaku “aktif atau mengaktifkan diri ?” Terkadang belum sempat diminta untuk dia berkhidmat tetapi sudah dahulu memberikan. Ketika orang lain menyalahkan, dia mencari penyelesaian dan sedaya mungkin menyelesaikan. Dalam dirinya ditanam kefahaman, “kalau bukan aku siapa nak buat ?” Golongan ini, tidak dikenali kerana jasanya dibelakang tabir dan tidak terlihat dek orang. Seolah-olah dia tahu, perkara baik kalau tidak direbut pasti akan mendatangkan rugi.

Persoalannya, anda tergolongan dikalangan yang bagaimana ? Jika bukan aktif sekalipun, pastikan tidak tergolong di dalam golongan pasif.

Salam Maal Hijrah 1442H.

Ummah Rabbani, Negara Harmoni.

Muhammad Nor Radzie bin Bohari
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepang.

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor

#DemiIslam