Kota Raja, Selangor | 31 Ogos 2020
Buat julung kalinya, Dewan Pemuda PAS Kota Raja dan Pergerakan Pemuda UMNO Kota Raja menganjurkan program bersama sejak termeterai piagam Muafakat Nasional tahun lalu.
Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang kembara berlangsung seperti ziarah kebajikan, bertemu tokoh perjuangan Kemerdekaan dan agihan bendera Jalur Gemilang kepada warga setempat.
Rombongan juga sempat menziarahi keluarga saudara Mohd Zaidi yang kehilangan ibu dan anaknya dalam kemalangan yang berlaku baru-baru ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor
#PemudaKotaRaja
#KembaraMuafakatMerdekaKotaRaja