Home Artikel PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat – Ucapan Selamat Hari Malaysia

137
SHARE

Hulu Langat, Selangor | 16 September 2020

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tahun 1963 menandakan semangat Muafakat pemduduk Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk sebuah negara Malaysia.

Semangat yang telah dibina dan ditunjukkan oleh semua kaum selama 57 tahun ini perlu dipelihara, dihargai dan dihayati oleh kita semua tidak kira bangsa mahupun agama terutama buat Generasi muda.

Sejarah telah menunjukan negara kita telah diuji dengan pelbagai ujian termasuk dengan isu perkauman dan sekali lagi rakyat kita diuji dengan semangat perpaduan kaum dimana seluruh kesatuan rakyat Malaysia telah dizahirkan dalam melawan Pendamik wabak Covid-19.

Walaupun kini Negara kita masih di bawak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19 namun semangat kerjasama, setiakawan dan perpaduan seluruh kaum di Malaysia dapat kita zahirkan dan rasai bersama dalam melawan serangan wabak ini sehingga kini.

Kawasan Hulu Langat juga tidak ketinggalan dari menerima ujian yang sama malah beberapa kawasan kita pernah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan akhirnya kita berjaya bebas dari zon merah tersebut.

Atas semangat yang sama, Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat mengajak seluruh rakyat terutama warga Hulu Langat dari Dusun Tua hingga ke Semenyih untuk terus memelihara Perpaduan sebagaimana Islam sentiasa menggalakkan kita bersatu padu dan atas semangat kerjasama dan usaha berterusan ini insya Allah kita mampu melawan dan membebaskan negara kita dari Wabak Covid-19 ini.

Selamat Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia.

ZURK AHMAD
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#PemudaPAS
#MemimpinNegara