Hari ini, tanggal 14 September 2020 genaplah setahun pelancaran Muafakat Nasional yang diadakan penuh gilang gemilang dalam Himpunan Perpaduan Ummah di PWTC.
Pemuda MN Hulu Langat berikrar akan terus memantapkan kerjasama kami dalam memastikan agenda perjuangan yang digariskan sebelum ini dapat direalisasikan dengan baik dan cemerlang.
Kami meletakkan agenda mengangkat martabat agama, bangsa dan negara sebagai asas utama dalam permuafakatan ini.
InsyaAllah pemuda akan terus mara berganding bahu bersedia memimpin anak muda memajukan Islam, Melayu dan Malaysia.
Selamat Ulang Tahun Muafakat Nasional.
Zukri Ahmad
Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Langat
Mohamad Shahir Mohd Yusof
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Langat
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
14 September 2020 | 26 Muharram 1442H
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor
#MuafakatNasional
#MemimpinNegara
#IslamMemperkukuhPerpaduan