Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat – Malaysia Prihatin : Pemuda Benteng NEGARA

608
SHARE

Salam Merdeka!
Kemerdekaan seringkali dikaitkan dengan kebebasan dan keamanan.

Apakah kemerdekaan hanya sekadar retorik pengisahan sejarah semata-mata?

Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal semata-mata. Malah merdeka daripada penjajahan tidak mutlak sifatnya. Lihatlah berapa banyak negara yang mencapai kemerdekaan secara fizikal, namun masih lagi dijajah secara bukan fizikal.

Konsep merdeka boleh ditafsirkan sebagai ‘berubah daripada segala perbuatan dan kepercayaan yang bodoh, mematikan akal dan menyekat kemajuan kepada perbuatan dan kepercayaan yang cerdik, membebaskan fikiran dan menggalakkan kemajuan’.

Kemerdekaan yang sebenar adalah kemerdekaan minda dan jiwa yang dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk oleh empat aspek utama: agama, bahasa, pendidikan dan sikap (akhlak). Aspek terpenting di antara keempat-empat itu sudah tentulah agama. Hanya dengan agama sahajalah jiwa manusia akan mengecapi kemerdekaan yang sebenar.

Kedatangan Islam menjadi simbol kemerdekaan manusia daripada segala bentuk belenggu dan penjajahan kepada kebebasan yang sebenar agar manusia tidak tunduk dan takut kepada mana-mana makhluk atau kuasa selain ALLAH SWT.

Marilah kita menghayati petikan dialog diantara sahabat baginda Nabi s.a.w iaitu Rib’i ibn ‘Amir yang dilantik sebagai salah seorang panglima perang dalam peperangan Qadisiyah ketika berhadapan dengan panglima perang kerajaan Parsi ‘Rustum’ dengan tegas beliau berkata:

اللَّهُ ابْتَعَثْنَا لِنُخْرِجَ مَنْ شَاءَ مِنْ عِبَادَةِ الْعِبَادِ إِلَى عِبَادَةِ اللَّهِ.

Maksudnya: “Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari perhambaan terhadap sesama hamba kepada perhambaan kepada Allah”

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 63 pada tahun ini, marilah kita sama-sama menginsafi bahawa keamanan dan keharmonian yang kita kecapi hari ini tidak mungkin dapat dikekalkan untuk generasi mendatang andaikan kita tidak bersatu hati melawan musuh agama, bangsa dan negara.

Ayuh sematkan kalam masyhur Saidina Umar R.A ini dalam sanubari kita:
نحن قوم أعزَّنا الله بالإسلام فمهما ابتغينا العزَّة في غيره أذلَّنا الله

“Kita adalah kaum yang diizzahkan Allah dengan Islam!, maka barangsiapa yang memilih keizzhahan selain daripadanya maka Allah akan memberikannya kehinaan”.

Hanya dengan membebaskan jiwa dan minda daripada segala dogma yang sesat dan sempit menerusi rasional akal, ajaran agama serta akhlak yang baik sahaja akan mampu menerbitkan erti merdeka yang sebenar.

Zurk Ahmad
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Hulu Langat

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

31 Ogos 2020 | 12 Muharram 1442

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor

#Merdeka63
#MalaysiaPrihatin