Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Kawasan Damansara – Selamat Menyambut Hari Kebangsaan MALAYSIA Kali Ke-63

865
SHARE

1. Dewan Pemuda PAS Kawasan Damansara (DPPKD) ingin mengucapkan Salam Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia. Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh yang amat bermakna bagi kita yang menyayangi negara kita yang tercinta ini. Ianya merupakan suatu peringatan tahunan kepada kita akan segala usaha para pejuang masa lampau untuk membebaskan negara kita daripada penjajahan pihak luar.

2. Dalam kita meraikan hari ulangtahun hari kemerdekaan, DPPKD menyeru agar kita bebaskan diri kita daripada sebarang pemikiran dan amalan yang menghalang kita menjadi rakyat yang terbaik untuk negara kita. Perbezaan rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlulah disatukan dengan melaksanakan Rukun Negara kita, agar dapat membentuk perpaduan yang kukuh dan sejahtera.

3. DPPKD mengharapkan sikap saling memahami, menghormati, toleransi, integrasi serta adil ada dalam setiap rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama agar keharmonian kaum dapat dicapai demi kejayaan dan kestabilan negara Malaysia. Semoga kemerdekaan dan keamanan di tanah air kita tercinta ini berkekalan selama-lamanya. Mari kita bersama atasi cabaran dan ujian Covid-19 dengan menjaga kebersihan, penjarakan fizikal serta mematuhi saranan keselamatan daripada kerajaan. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

“Malaysia Prihatin”
“Pemuda Bangkit, Demi Islam”
“Kita Jaga Kita”

Ahmad Amzar bin Ahmad Azlan
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Damansara.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor