
Gombak, Selangor | 1 September 2020
Pemuda PAS Dun Gombak Setia dengan kerjasama Department of Arts, Culture & Sports (DACS) Kawasan Gombak mengadakan Futsal Merdeka bersama anak-anak muda Surau Batu 7 Gombak malam tadi di gelanggang futsal KSL Jalan Genting Klang.

Seramai lebih kurang 20 orang para pemuda PAS Gombak bersama belia surau batu 7 memeriahkan program yang julong kali diadakan.
Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Taufiq B Yusuf dan Ketua Pemuda PAS UKJ Dun Gombak Setia, Ust Muhammad Bin Ali. Turut hadir memeriahkan suasana Pegawai Media PAS Negeri Selangor Muhammad Iqbal Bin Salehhuddin.

“ Islam menggalakkan kita semua untuk bersukan, tetapi perlulah mengikut tatacara pemakaian yang betul seperti menutup aurat,” ujar Ust Muhammad Bin Ali dalam ucapan penutup program.

“Apabila badan seseorang itu sihat, barulah otaknya dapat memikirkan perkara-perkara yang lain dengan lebih jauh. Jika tidak, akalnya hanya akan memikirkan kesakitan yang sedang dialami oleh tubuh badannya” tegas Ust Taufiq Yusuf dalam ucapan beliau.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor
#DACSGombak
#FitIsSunnah
#DutaAnakMuda
#DemiIslam
#PemudaPASGombak