Home Rencana PAS Selangor

Selamatkan negara daripada anasir berhati hitam – Setiausaha BPPN Selangor

28
SHARE

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Artikel | Kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Namun ianya tidaklah mutlak sehingga bebas berkata apa sahaja ikut suka. Kebebasan yang dijamin adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan lain dengan maksud memelihara keamanan dan kestabilan negara, memelihara hubungan sesama dan antara kaum dan agama.

Malaysia tidak perlu anasir yang menghasut ketegangan dalam masyarakat sehingga tercetus benci-membenci dan hina-menghina antara kaum sehingga mengakibatkan permusuhan dan huru-hara.

Saya pasti kenyataan peguam ini langsung tidak perlu, malah membuka peluang mereka yang tidak mengerti untuk menghina agama kita yang mengakibatkan bangkit kemarahan umat Islam dan perseteruan dalam masyarakat.

Kalau tidak berilmu, belajar. Jangan biarkan hati yang Allah SWT anugerahkan itu menjadi hitam.

Firman Allah ,

“Mereka itulah orang-orang yang hati mereka, telinga mereka dan mata mereka telah dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai.” (an-Nahl : 108)

Sabda Nabi SAW,

“Ketahuilah, dalam tubuh manusia itu terdapat segumpal daging. Jika segumpal daging itu baik, seluruh tubuh akan baik. Jika daging itu rosak, seluruh tubuh juga akan rosak. Ingatlah, segumpal daging itu adalah sebuah hati.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor