Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Selamat Tahun Baru 2022-BPPWP

91
SHARE
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dan seluruh saff kepimpinan mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2022 kepada seluruh warga Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan.
Alhamdulillah tahun 2021 telah berjaya kita harungi walaupun pelbagai ujian melanda seperti pandemik COVID-19 yang menghimpit kita dari segala sudut baik ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Tidak dilupakan juga bencana alam yang kita hadapi seperti banjir dan tanah runtuh.
Semoga tahun 2022 ini kita terus diberi bimbingan oleh Allah untuk bersama-sama bangkit semula selepas pelbagai ujian yang kita lalui dalam rangka ketaatan kepadaNya.
Ucapan tahniah juga ditujukan kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan pihak kerajaan atas inisiatif yang sangat baik dengan menggantikan acara sambutan tahun baharu dengan majlis Malaysia Berzikir di seluruh negara.
Semoga dengan usaha tersebut, kita dapat menjemput keberkatan daripada Allah SWT untuk kesejahteraan negara yang amat kita cintai ini untuk tahun 2022 dan seterusnya.
Selamat Tahun Baru 2022.
“Islam Menyatukan Ummah”
“Wilayah Sejahtera”
USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
31 Disember 2021 l 26 Jamadilawal 1443H