الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين
Pertahanan negara yang antaranya digerakkan oleh angkatan tentera tidak dapat dinafikan sebagai antara elemen terpenting dalam memastikan keselamatan dan keharmonian sesebuah negara.
Negara kita Malaysia adalah antara negara-negara selat yang dikelilingi perairan penting seperti Selat Melaka dan Laut China Selatan dan sudah semestinya peranan anggota tentera yang menjaga perbatasan perairan ini amatlah penting.
27 April adalah tarikh yang sangat bermakna khusus untuk menghargai jasa-jasa anggota Tentera Laut Di-Raja Malaysia (TLDM) yang sejak sebelum merdeka lagi komited menjalankan tugas mempertahankan negara.
Di kesempatan ini, Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) serta seluruh saff kepimpinan ingin mengucapkan Selamat Hari TLDM ke-86 pada tahun ini dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala keringat yang dicurahkan.
Semoga semua anggota TLDM terus diberi kecekalan dalam menjalankan tugas dan dipelihara Allah.
Siiru ‘ala barakatillah
Islam Memimpin Perpaduan
USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
27 April 2020 l 4 Ramadhan 1441H
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعينPertahanan negara yang…
Posted by PAS Wilayah on Sunday, April 26, 2020